Followers

Thursday, September 23, 2010

CHICKEN FINGERs WITH BLACK PEPPER SAUCE




gambo hiasan: nnti aku kasi yg ori from my AIRTANGAN

LAMB CHOP ATAU CHICKEN CHOP? Ramai yang sukakannya, aku pulak sukakan kedua2nya sekali, paling suka kalau dengan sos lada hitam, mmg terangkat!
 Hari ni aku nak kongsi cara memasak chicken finger/ chicken chop, masaknya sama , cuma cara memotong daging ayam la berbeda, chicken chop sebesar tapak tangan manakala chicken finger panjang (cam fingers...)

BAHANNYA:
for the fingers:
Boneless chicken/ Keel
2  biji telor ayam (pukul sedikit)
breadcrumb( brand Nona ade kat pasaraya)
tepung gandum
paprika/lada sulah
garam secukup rasa

sosnya:
100g STOK SOS PERANG/ Demi glaze (ikut sukatan dalam peket) ( dibancuh dengan 1 liter air  panas)
2 camca lada hitam ( tumbuk halus)(bole tambah kalau suka pedas)
bawang holand ( potong dadu)

margerin/buter, 50g
bawang putih( cincang)
5-6 cendawan butang (tin)(potong nipis2)

sebaiknya anda sediakan sos sblm ayam bagi mendapat kerangupan ayam semasa menikmati hidangannya nanti.

  1. Panaskan periuk . tumis bawang putih dan bawang holand. 
  2. kemudian masukkan cendawan dan lada hitam.
  3.  bila  bawang agak layu, masukkan sos yg tlh dibancuh dgn air panas.
  4. kacau berterusan dengan api sederhana.perasakan.
  5. masukkan margerin sblm api ditutup
fingers:
  1. ayam diperap dengan garam, lada sulah @paprika seketika.
    illustration only
  2. salut ayam dengan tepung gandum
  3. celupkan ayam bersalut tepung ke dalam telor.
  4. salut pula dengan breadcrumb/serbuk roti.
  5. ulangi langkah sampai habis.
  6. goreng ayam guna kaedah deep fry. angkat bila warna bertukar keemasan.
  7. hidangkan dengan sos lada hitam di atasnya. enak dihidang panas2.
~selamat mencuba~
    *utk side dishes, bole letak coleslaw, jagung rebus, salad dan kentang goreng n fave my hubby sedari dulu :kacang panggang! dsb*

    * all pictures for illustration purpose only.



    NONA bread crumb/serbuk roti
    illustrasi: bole dapat di pasaraya2 besar