Followers

Wednesday, August 10, 2011

KUIH KOCI UTARA

PUNYA LAMA aku tak meng update sibuk dengan kenduri (gambo akan diupload nanti ye) .
sibuk dengan pindah rumah, masuk ramadhan kalut dengan menu berpuka, kalut dengan nak jahit baju raya, tday aku dah start gunting kain terchenta. nak buat baju melayu telok belanga, ntah jadik ke tak...he3.

Hari ni aku nak kongsi resepi kuih koci, berdasarkan masakan aku hujung minggu lepas, kalau d selatan, kuih koci nya ala2 tepung bungkus tanpa kepala santan, tepung bungkus tu orang selatan panggil apa aku tatau lah! dan cara membungkusnya pulak ala nasik lemak. sedangkan yang bernama kuih koci orang utara ni, bungkusnya perlu seperti membungkus kacang kuda gitu. plus , kuih koci utara guna sagu instead tepung pulut.

KUIH KOCI UTARA







Resepi ni adalah gabungan resepi yang aku google kat my resepi dan juga resepi my mom, sukatannya aku main agak je, alhamdullilah , menjadik

Bahan ( anggaran untuk 13-15 bijik kuih )

30 sudu makan bijik sagu( basuh dan toskan)

Kelapa inti (muda) ( diparut)

Gula merah ( 15 ++ sudu)

Pewarna merah ( beberapa titis saje)

Pati santan daripada setengah bijik kelapa

Daun pisang ( anggaran lebar 10-13cm), dilayur ( betoika sebut gini ni)


cara-caranya
1. Warnakan santan dengan pewarna merah. Akan jadik pink nanti.

2. Rendam sagu dengan santan tadi, kacau rata,tambah air jika perlu, lebih kurang  15 minit. Pastikan semua sagu terendam.

3. Lipat hujung daun pisang seperti membungkus kacang kuda. Ia akan berbentuk kon. saiz kuih lebih kurang saiz pulut sambal. Masukkan bahan ke dalam kon daun pisang mengikut turutan  dari bawah.

1 camca sagu +1 camca kelapa parut+1 camca gula merah + 1 camca kelapa parut + 1 camca sagu

4. Pastikan anda lebihkan bahagian untuk melipat daun pisang, cara melipat juga sama seperti membungkus kacang kuda, bila letak,pastikan tapak di bawah agar kuih tidak terbuka ktk proses mengukus nanti.

5. Kukus selama 15 minit atau masak, air kukusan boleh dimasak semasa proses mengisi sagu tadi

6. Cara utk mengetahui masak atau tidak ialah dengan membuka salah satu kuih, perhatikan bijik sagu, kalau ada putih2= belum masak sepenuhnya, kalau sagu berwarna merah jernih, = siap!.



8. biar sejuk  sebelum dimakan.

*kalau tak suka santan, boleh, cuma kurang lemak, pastikan anda menyapu minyak masak ke atas daun pisang sebelum masukkanbahan, first time aku buat, x letak minyak , melekat.