Followers

Monday, December 20, 2010

banjir di rumahku

TAHUN 2005, banjir besar di Perlis selepas tahun '88, masa tu masih tinggal bersama mertua aku. Along umur 4 tahun, Angah baru 2 tahun, masih segar terbayang bagaimana kami sekeluarga mengharungi arus deras banjir untuk pulang ke Kodiang.Waktu tu, arwah Tok Wan masih ada, bila dengar sahaja banjir, tanpa tunggu lebih lama, kami dijemput balik kampung. Angah yang masih kecil terpaksa berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke kawasan cetek.Hero berdua cirit birit sebab terpaksa guna air banjir utk basuh botol susu.pengajaran!, semuanya jadi pengajaran. seminggu selepas banjir kami pindah masuk rumah lain, start menyewa dek tak tahan dengan keadaan rumah yg tunggang langgang. sekurang2kurangnya, bila kami keluar, kuranglah barang dalam ru.mah tu. waktu tu aku tengah  praktikal.

Jangkaan logik akal , banjir seperti itu akan melanda selepas 10 tahun. tapi kini 2010, ianya datang lebih awal. kesannya lebih ketara, peralatan eletrik, motor, dan buku2 rosak, baju2 4 almari!, tok-sah-dok-crita lah! Tapi kami tetap bersyukur, sebab sebelum banjir keluarga ada 5 orang, selepas banjir pun tetap 5 orang jugak, alhamdullillah...
kali ni, rumah aku dinaiki air terlebih dahulu, kami berpindah ke rumah mak mertua, besoknya air naik lagi,pengajaran banjir dulu, aku bertekad, kalau hubby tak nak ikut pun tak kisah, aku tetap nak balik rumah my mum. aku nak anak2 , kena cirit birit lagi, (aku dok jauh, anak sakit, susah hati ni) sbb rumah mummy area pantai, air turun ke laut. Rupanya hubby pun nak ikut sbb kaki dah sakit,, makan cekam, kaki main air dah 2 hari dah pun, dah merah2 terkopek kulit tapak kakinya.


air mulai naik

antara sahabat yg datang nmelawat

yang kelakarnya, waktu banjir cengginilah ada yg baru nak kenai jiran tetangga, sbb ambik masa jemur karpet, jemur barang serba serbi, maka  sempat la bersembang.

sebulan lebih berlalu, alhamdulillah, segala kerja mengemas walaupun tak 100% habih tapi lapang sikit pandangan mata, bau masam dah ok, dah kurang banyak,

barang2 letrik, semua bole pakai semula, alhamdullillah tanpa sebarang kos repair! rahsianya? sabar..... kena tunggu sampai sebulan barulah swtitch on. bayangkan lah....(pejam mata, kui3),  astro yang mmg tenggelam , sepenuhnya, bila bukak balik 3 minggu kemudian , mmg dah ok! thank you Allah!!!!

kerja yg masih bersisa ialah benda yang aku kurang gemor, tapi kena jugak buat.... melipat baju.:-(