Followers

Monday, March 21, 2011

old board , new look

salam....


pada satu hari dalam sebuah kampung, ada sebuah rumah, dalam rumah itu ada benda alah ni, yg selalu diguna, paling busuk pun seminggu sekali, asal kejadian dia cantik, mcm kebanyakkan spesisnya, tapi disebabkan dah 5 tahun dah, maka jadilah rupa gini, 


so soalan ditujukan pada pembaca ialah apa anda akan buat
a. buang-dan-beli baru.
b. pakai je, tapi lapik sejadah
c.tak buat apa2 sbb masih boleh guna..

rasa2 yg mana pilihan anda, yang berduit-tak-tau-nak-watpa mesti pilih jawapan a, yg jimat mesti pilih b, yang malas , konfem c!


inilah akibat bila slalu gosok baju pagi2, ngantuk , board slalu jadik mangsa, tebakor...




tapi aku bagi satu lagi pilihan utk yg rajin dan minat , beri nafas baru namanya, new look to your iron board, aku pon dapat daripada blog jahitan yg ownernya saban hari update, rajin minah salleh ni....(cari url dia tak jumpak la pulok...)


ni pulak alatannya, 
tuala lama, yg dah tak lalu nk buat lap mandi, tapi sayang nk lap kaki.
kain lapik ironnya, aku lupa jenis apa kain ni, tapi lebihan aku buat langsir, 
staple gun (rasanya itulah namanya)agak bahaya, jgn biarkan anak main, takut tertembak mata, buteee...
alatan2 yg diperlukan 



Tadaaa!..  upgraded , nampak la gold edition sikit... he3, baru semangat bangun pagi,  gosok baju. 
versi rupa barunya




*ada cerita pasal aku & gosok baju ni , cerita dahulu kala, muda-remaja, sekolah menengah rasanya, hari jumaat , ayah aku bagi la baju kat aku, 

" tolong gosok baju ayah sat!"



"ok!" tanpa banyak soal aku pon dengan segala kerajinan , pegi bilik air, amik sabun, brush3, bilas , terus sidai, " tak lama slps aku sidai baju, ayah tanya lagi.


" Mana baju? dah abih gosok?"


"dah , kat penyidai!" jawab aku konfiden.


" awat yang pi sidai?" 


"ayah suruh basuh kan ? baru sidai la...mana dan kering lagi"


"ayah suruh hang gosok, bukan basuh....gosokkk, sterika, "


" ooo... gosok dengan basuh tak sama ka?'


"cerdik sungguh anak aku mengaji sekolah ...."


toing!!.... kena sebijik....maklumlah, slalu guna bahasa melayu moden, seterika atau iron....he3.peace daddy!