Followers

Tuesday, October 18, 2011

matlamat tercapai!

Minggu lepas: "yang... ujung minggu ni i tamau jalan mana2, i nak menjahit je ujung minggu" (sbb asal ujung minggu sama ada balik kampung, tak pon jalan2 carik makan...

tup2: "anda terpilih untuk ke kursus teambuilding d Ulu Langat" .ayarkh! melepas....

Tapi minggu ni projek aku menjadi walaupun aku target aku akan siapkan hari sabtu, didrag ke  hari ahad sekali.hu3.


 maka siaplah projek ni :


beg taska:  heromama dan bunga mama







ha kau! tuan pon boleh masuk sekali...

ni angah punya pulak


pin cushion...


wrist pin cushion actually!

Friday, September 30, 2011

projek cuti sekolah anak mama

After they attending kenduri berkhatan, they arrived approximately @ 3.30, bermulalah aktiviti aku ngan anak2 yang aku agendakan selama seminggu, supaya diorang x menyepahkan rumah 'sangat', kalau sepah sikit2 tu aku boleh terima la....

tekun mengecop
Malam tu, aku lipat2 kertas, stamped Happy Birthday 3 keping, one each ;termasuklah BM skali, mulalah aku biarkan mereka melakarkan masterpiece diorang, stamping ikut suka ati, BM tu aku kna copkan ink la, dia cop stamp.abis tangan si kecik tu kna ink, sampai hari isnin (tday) masih lagi ada ink.
sebenarnya, aku dah kumpul rubberstamp chomil2 lama dah, jumpak je yg cute mute terus beli, creative puncher, creative scicors, semua aku beli.

Wednesday, August 10, 2011

KUIH KOCI UTARA

PUNYA LAMA aku tak meng update sibuk dengan kenduri (gambo akan diupload nanti ye) .
sibuk dengan pindah rumah, masuk ramadhan kalut dengan menu berpuka, kalut dengan nak jahit baju raya, tday aku dah start gunting kain terchenta. nak buat baju melayu telok belanga, ntah jadik ke tak...he3.

Hari ni aku nak kongsi resepi kuih koci, berdasarkan masakan aku hujung minggu lepas, kalau d selatan, kuih koci nya ala2 tepung bungkus tanpa kepala santan, tepung bungkus tu orang selatan panggil apa aku tatau lah! dan cara membungkusnya pulak ala nasik lemak. sedangkan yang bernama kuih koci orang utara ni, bungkusnya perlu seperti membungkus kacang kuda gitu. plus , kuih koci utara guna sagu instead tepung pulut.

KUIH KOCI UTARA







Resepi ni adalah gabungan resepi yang aku google kat my resepi dan juga resepi my mom, sukatannya aku main agak je, alhamdullilah , menjadik

Bahan ( anggaran untuk 13-15 bijik kuih )

30 sudu makan bijik sagu( basuh dan toskan)

Kelapa inti (muda) ( diparut)

Gula merah ( 15 ++ sudu)

Pewarna merah ( beberapa titis saje)

Pati santan daripada setengah bijik kelapa

Daun pisang ( anggaran lebar 10-13cm), dilayur ( betoika sebut gini ni)


cara-caranya
1. Warnakan santan dengan pewarna merah. Akan jadik pink nanti.

2. Rendam sagu dengan santan tadi, kacau rata,tambah air jika perlu, lebih kurang  15 minit. Pastikan semua sagu terendam.

3. Lipat hujung daun pisang seperti membungkus kacang kuda. Ia akan berbentuk kon. saiz kuih lebih kurang saiz pulut sambal. Masukkan bahan ke dalam kon daun pisang mengikut turutan  dari bawah.

1 camca sagu +1 camca kelapa parut+1 camca gula merah + 1 camca kelapa parut + 1 camca sagu

4. Pastikan anda lebihkan bahagian untuk melipat daun pisang, cara melipat juga sama seperti membungkus kacang kuda, bila letak,pastikan tapak di bawah agar kuih tidak terbuka ktk proses mengukus nanti.

5. Kukus selama 15 minit atau masak, air kukusan boleh dimasak semasa proses mengisi sagu tadi

6. Cara utk mengetahui masak atau tidak ialah dengan membuka salah satu kuih, perhatikan bijik sagu, kalau ada putih2= belum masak sepenuhnya, kalau sagu berwarna merah jernih, = siap!.



8. biar sejuk  sebelum dimakan.

*kalau tak suka santan, boleh, cuma kurang lemak, pastikan anda menyapu minyak masak ke atas daun pisang sebelum masukkanbahan, first time aku buat, x letak minyak , melekat.

Wednesday, April 13, 2011

her favourite green

my sister ask me to make her a tote bag so she can just put a diaper , a bottle of cow-milk, and her baby's pacifier.


no problem.... since i do ....learnt how to do it in My PMR kerja kursus KH, got A lagi, that time definitely kna perfectlah, kalau tidak  cikgu aku semboq, satu hapa tak dapat, even nak matikan jahitan, she told us to handsewn, tak aci main undur2 jahitan  tau.... pemalas katanya (now aku buat jugak, kui3)


so she gave this green fabric, mcm kain nk buat kusyen, ketebalannya sgt sesuai, tak tebal, tak lembik.... well2.warna cantik tapi kain nampak lama sikitla, 



aku try guna piping memandang dah lama tali jut yg aku beli tuk buat piping , sebelum ianya basi, aku try la .. pkai kain mickey mouse yg aku shopping-mak aih- aritu.



boleh muat beberapa kpg diapers, sepasang baju, n botol susu, poket ltak pacifiernyeee,  






Aritu gak, aku tgk muka Anak buluh betong aku, Si Adam,


"nanti mama buat pencil case kat adam na? buleh boh pencil, p sekolah?" entah dia paham ke idak,



adam: nak p ika (tadika)



Adam is my sis oldest son, Aku jaga dia sedari dia kecik lagi, bawak pegi Nat,naik moto sama2,  masa ayah kna strok dlu, aku tolong mak jaga dia , tiap2 hari aku p rumah mak, so aku spent time byk la masa Ummi dia p kja, ( aku waktu tu full time housewife...)


kalau org tanya anak sapa " anak mama!"


kalau nakal2, Ummi cakap " bagitau mama nak?" terus x nakal dah


mama tanya dia " mama nama apa?"     " Nu In!"  so cute!   (Nu I n = Noor Ain)


so,  2 project janji aku ni aku siapkan semalam jugak  sbb ujung minggu nak balik kampung, ( nak packing barang tuk pindah rumah!!!!o yeah!)





* PENCIL CASE: credits to: knittyknit
sebenarnya kalau anda perlu apa2 tutorial, just google je , type: "xxxx tutorial", berlambak org nak kongsi ilmu ngan kita.



*tote bag aku ltak plastik snap button, snap buttons & plier set beli @  My Little Toro. DESIGN: bukan susah sgt pon, agak2 je.... 

Monday, March 28, 2011

STT: sasaran training tahunan

ni la sasaran training/ kursus yang aku nak amik dalam jangkamasa 3 tahun akan datang, kenapa 3 tahun, sbb aku suka nombor 3, itu je.... lagipon ni training tambah nilai diri aku sendirri, bukan kna mengena ngan kja, so aku bole la decide sendiri bila kan?



  1. Fotografi Course, completed! 21.4.2011-23.4.2011
  2. BlueberryCheese Tart (cooking)
  3. BEC" Basic Emergency Care (upgrade First Aider Cert aku)
  4. ambil Ujian SKM
  5. Mandarin Languange Course 

mak aih!

macam tak percaya, hari tu mmg target beli kain la, mula2 Jackel Alamoda @ SP , pastu Nagoya @ Tesco  jugak kat SP, tunjuk kain tu, tunjuk kain ni, toing!! .... dah nak bayar, mak aih, banyak pulak kainnya, yelah... kainnya murah2, kau pulak pilih yang bidangnya lebar2 , dapat banyak la, kaki aku kalau bole berkata2, " tuan ...saya sakit, tolonglah berenti..." 


my latest fabric stock, ngeh3...
so inilah hasil tunjuk2 aku sabtu yang lalu,  (tapi kalu btoi2 pro  tailor , i bet, stakat banyak ni cipot je ni)  


Ni aku blom g bandung, menurut maya la , kainnya banyak bangat,  variasi kain yg cantik2... aku cuba bayangkan diri melayang ke sana, maklum la takleh g lagi, ( jgn kan Bandung, langkah singapore pon blom lagi daa) org kelas pertengahan katakan....he3...)  boleh semput aku shopping.... sekarang nipon,  shopping sehari pon cam nak lucut kaki, lucut tulang belakang.... tapi apa yang penting, juta2 rupiahnya lah kan?


pe2 pon , aku nak p jalan kat China dulu , hu3... 

Friday, March 25, 2011

my fabrics stop

Senarai kedai kain yang aku singgah ….untuk beli atau beli tingkap.

Kamdar SP, Kamdar BM, Alor Star. Kadang2 stok tak sama, situ ada, sini tiada.
Nagoya SP, Nagoya Tesco AS.
Kedai Kain Hakim, Kangar
Kedai Kain AyuRia, Kangar
Liu emporium, Kangar
Kedai Kain Mariam, Kangar
Kedai kain Kepala Batas, Penang
Nat Simpang 4,

Kalau online shop, banyak pilihan, ada yang mahai, u’ve to pay for the cost of “not leaving my seat”. Kalau nak save dan sentuh2 kain, kna carik sendiri, kalau percaya (online shopping mmg kna percaya , dalam berhati2 lah!)

Zura  lovemelots, (ni dah 2 kali beli, cantik kain dia)

*Ini adalah list kdai yg aku slalu pegi/surf, sekadar utk share maklumat dgn anda, saya tidak akan bertanggungjawab dgn apajua tindakan pihak berkenaan terhadap anda.

Selamat menjahit…!